Thursday, January 20, 2011
salam 2011.........hehe
sungguh lama xbukak blog ne ....sori la ..bz sgt2 smpi xda masa nak update blog salam satu malaysia ne...apa2hal..salam satu malaysia mengucapkan selamat tahun baru 2011..semoga tahun ne menjadi benchmarking untuk kita maju lagi setapak kehadapan......da xda apa da nak ckp ne....hehe...apa2pun...kepada follower ssm..thanks sbb masi mengikuti blog salam satu malaysia ini...........wasalam
Friday, November 26, 2010
5 kereta terpantas di planet
Kalau di tanya tentang kereta yang terpantas di dunia, kereta apa yang korang terfikir? BMW? Mercedes? Ferrari? Lamborghini? Hehe.. Itu cuma salah satu jenama pengeluar kenderaan automotif yang menghasilkan kereta-kereta yang berstatus mewah dan pantas. Tapi, dalam post kali ni, aku nak tekankan kepada kereta yang TERPANTAS SEKALI dalam dunia! Memang kalau dilihat perkembangan dan kecanggihan teknologi automotif yang semakin berkembang pesat menyebabkan beberapa pengeluar kenderaan mampu menghasilkan kenderaan terpantas di darat.
Bagaimanapun, hanya LIMA kenderaan bertaraf Supercar yang diiktiraf jentera terpantas di dunia, iaitu SSC Ultimate Aero, Bugatti Veyron, Koenigsegg CCX, Saleen S7 Twin-Turbodan Mclaren F1. He.. macam pelik je nama-nama model kereta ni kan.. So, let's check it outtt..!!
1. SSC Ultimate Aero
SSC Ultimate Aero TT adalah kenderaan bertaraf supercar yang dikeluarkan Shelby Super Cars, Amerika Syarikat. Jentera yang 'lowered' tak ingat hampir mencecah jalan sehingga boleh digunakan untuk menyodok sisa tanah runtuh ini memiliki enjin6.35 L twin-turbocharged V8 dan boleh diiktiraf sebagai terpantas di dunia apabila mampu mencatatkan kelajuan sehingga413 kilometer sejam (km/h), di mana rekod tersebut dicatatkan ketika sesi pandu uji pada 13 September 2007 di West Richland dan diiktiraf Guinness World of Records pada 9 Oktober tahun sama. Kos menghasilkan SSC Aero dianggarkan bernilai lebih $AS620,000 dan hanya 25 buah sahaja yang dikeluarkan sepanjang tahun 2006 - 2007. So, silalah beli kalau gaji korang sebanyak RM100,000.00 sebulan. Pasti bapak mertua korang akan tersenyum bangga mendapat menantu macam korang. Huhuhu... Membazir!
2. Bugatti Veyron
Model kereta kedua terpantas dunia adalah Bugatti Veyron yang dikeluarkan pada 2005. Jentera ini pernah menduduki tempat teratas jentera terpantas dunia sebelum dipintas oleh SSC Ultimate Aero pada tahun 2007. Bugatti Veyron yang dikeluarkan anak syarikat Volkswagen Group, Bugatti Automobiles SAS mencatatkan kelajuan terpantasnya sekitar 408 km/j! Jarak dari KL-JB pun lebih kurang 400km gak. So, kalau korang ada cadangan nak kerja di JB dan tinggal di KL, maka boleh la beli kereta ni... Sejam je dah sampai opis. Itupun kalau korang dah gila dan banyak duit laaa... Sebab Bugatti Veyron juga dianggap kenderaan paling mahal di dunia dengan harga sekitar Euro 1.1 juta! Dijana enjin 8.0 liter quad turbocharged W16 dengan transmisi 7 kelajuan, Bugatti Veyron menyimpan 987 kuasa kuda (Mak oiii.., laju nak mampos tuuu...!) dan nama jentera berkenaan diberi bersempena nama pelumba Perancis, Pierre Veyron yang berjaya memenangi perlumbaan 24 jam Le Mans pada 1939 menggunakan jentera Bugatti.
3. Koenisegg CCX
Koenigsegg CCX (singkatan dari 'Competition Coupe X') adalah kenderaan jenis Roadster daripada Sweden dan CCX adalah model terbaru yang dikeluarkan berdasarkan kawalan kualiti & piawaian ketat teknologi automotif Amerika dan dicipta untuk bagi menggantikan model Koenigsegg CCR. Huruf 'X' di hujung nama kenderaan ini adalah bermaksud ulangtahun ke-10 mereka mengikut nombor Roman. Model ketiga terpantas dunia ini dijana enjin 4.7 liter V8 Modular buatan Ford yang telah diubahsuai oleh Koenigsegg sendiri dan mampu menghamburkan kuasa setinggi 807hp! Kepantasan enjin ini boleh mencapai 0-300km/h dalam masa 29.2 saat sahaja sekaligus mengatasiSLR McLaren 722, Lamborghini Murcielago LP640, Porsche 997 GT2, Alpina B6 S, dan Corvette Z06. Mula dipertontonkan kepada umum pada 28 Februari 2006 di Pameran Automotif Geneva. Menariknya, CCX boleh didapati dalam versi teknologi bio yang dikenali CCXR, apabila kuasanya adalah 25 peratus lebih tinggi daripada CCX. Menurut pengasasnya,Christian Von Koenigsegg, CCXR mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,018hp (Yarabbi.., lajunyaaa...!!) jika menggunakan bahan bakar dari jenis E85 Biofuel! Ermmm... kalau la kereta ni dijadikan KITT dalam siri 'Knight Rider' yang terbaru ni, mesti gempak kan!
4. Saleen S7 Twin Turbo
Satu lagi model terpantas keluaran Amerika dikenali sebagai Saleen S7 Twin-Turbo yang dicipta hasil gabungan teknologi dan kepakaran daripada Saleen, Hidden Creek Industries, Phil Frank Design dan Ray Mallock Ltd. Model ini mula diperkenalkan kepada umum pada 19 Ogos 2000 menggunakan enjin Aluminium OHV lapan silinder (V8) yang menghamburkan 550 hp. Pada 2005, S7 diganti model S7 Twin Turbo berhargaUSD585,296.00 yang diperkuatkan dengan kuasa turbo dariGarret Turbocharger sekaligus meningkatkan kuasanya ke 750 hp, membolehkan ia memecut sehingga 402 km/h! Bayangkan kalau korang memandu kereta ni dalam kelajuan sebegitu dan terlanggar tiang papan iklan kat tepi highway... 'Nyaman' kan..! Heheheee...
5. McLaren F1
Model kelima terpantas di dunia menjadi milik McLaren F1 yang terkenal dengan ‘kelincahannya’ di jalan raya. Hehehe.. mesti korang terbayangkan kereta lumba F1 kan!? Sebenarnya, ia bukan seperti yang korang fikirkan tu. Kereta ini adalah tergolong dalam kelas Supercar dan adalah satu-satunya kenderaan yang memenangi rekod jentera jalan raya terpantas selama 11 tahun bermula 1994 sehingga tahun 2005. Jentera yang dikenali seluruh dunia itu dibangunkan British McLaren Group, McLaren Automotive yang juga mempunyai pasukannya sendiri dalamFormula Satu (F1). McLaren F1 dijana oleh enjin 6.1 liter 60° BMW S70 V12 dan mencatatkan kelajuan terpantas sehingga 371 km/h pada tahun 1994 dan mengungguli takhta jentera teratas selama 10 tahun sebelum dipintas oleh Koenigsegg CCR pada tahun 1995.
Ermmm.., ke mana perginya Ferrari, Lamborghini & Porsche ye..? Takde masuk dalam senarai pun.. ;)

Thursday, November 25, 2010
FAKTA TENTANG LAMBORGHINI!!
Lamborghini Murcielago
Lamborghini merupakan antara pengeluar kereta sport yang menarik perhatian dunia. Beberapa model yang menarik adalah seperti Countach, Diablo, Gallardo dan Murcielago. Berikut adalah 8 fakta yang perlu kamu ketahui mengenai jenama ini.
1. Lamborghini merupakan nama pengasas syarikat ini iaitu Ferruccio Lamborghini (1916-1993). Beliau membuka syarikat ini pada tahun 1963 pada usia 47 tahun. Kilang untuk membina kenderaan ini berada di perkampungan kecil Itali yang bernama Sant''Agata Bolognese di Bologna.

Lamborghini Gallardo
2. Beliau merupakan pembuat jentera traktor yang berjaya sebelum beliau berminat dalam industri pembuatan kereta sport. Akibat minat yang amat mendalam terhadap kereta jenis ini, beliau telah membeli beberapa kereta berkuasa tinggi termasuk Maserati dan Ferrari. Malangnya beliau tidak berpuas hati satu pun daripadanya dan berhasrat untuk membina kereta sportnya sendiri.
Lamborghini Countach
3. Lamborghini pada mulanya merupakan syarikat bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak. Tetapi kini, ia telah menjadi milik syarikat Jerman iaitu Audi AG yang telah bertukar hakmilik pada tahun 1998. Lamborghini diisytiharkan muflis pada tahun 1978 dan dijual kepada Chrysler sebelum Audi AG mengambil alih.
4. Kereta terpantas Lamborghini ialah Le Mans versi daripada model Murcielago R-GT. Ia dilaporkan memiliki kelajuan 370 km/j dengan enjin V12 berkapasiti 6000 cc.

Lamborghini Diablo
5. Beberapa model terbaru Lamborghini mempunyai "scissor door" yang boleh dibuka secara kedepan dan keatas tetapi model Gallardo tidak mempunyai pintu seperti ini. Model Countach dan Diablo tidak lagi dikeluarkan menjadikan Murcielago satu-satunya model terkini yang mempunyai pintu sedemikian rupa.
6. Tiada satupun kereta daripada Lamborghini yang dibina rendah daripada enjin V8. Kebanyakannya mempunyai enjin V12 dan hanya Gallardo yang mempunyai enjin terendah dalam kelasnya iaitu V10.
7. Kereta Lamborghini pertama dikeluarkan ialah 350GTV pada tahun 1963. Ia merupakan kereta terpantas pada waktu itu iaitu berkelajuan 280 km/j. Pada tahun 1964, versi yang kecil sedikit telah dicipta yang dikenali sebagai 350GT yang berkelajuan 240 km/j. Model Countach semenjak 1974 merupakan kereta pertama yang berkelajuan lebih daripada 300 km/j.
8. Pada tahun 1975, Walter Wolf iaitu seorang hartawan dan ahli perniagaan daripada Kanada bersama dengan pemilik perlumbaan F1 meminta Lamborghini untuk membina 3 buah model Countach berkuasa tinggi. Countach yang dibeli oleh Wolf mempunyai enjin yang sama seperti Countach prototaip dan boleh mencecah 315 km

Wednesday, November 24, 2010
Tuesday, November 23, 2010
JUADAH ORG BUGIS DI TAWAU KHUSUSNYA..........
BURAS SEGI4
Amalan biasa dihari raya pertama, juadah yang “wajib” dihidangkan ialah makanan rasmi masyarakat bugis iaitu Tumbu dan Buras serta Nasu Likku. Bagaimana bentuk-rasa makanan itu, silalah datang berkunjung ke rumah orang Bugis

HOW TO HIDE THE ELEPHANT??? HAHHA...
Assalamualaikom, pernah tak kawan-kawan di zaman kanak-kanak di beri teka-teki, macam mana nak sorokan gajah dalam peti sejuk dengan tiga cara?
jawapanya
dengan bukak peti, masukkan gajah kemudian tutup kan.
tapi sekarang nak sorokkan gajah ada bermacam cara, JOM tengok sama-sama macam mana caranya .

Monday, November 22, 2010
visitTAWAU: KEREPEK TAWAU..CUMA ADA DI TAWAU SAHAJA!!
Apabila disebut kerepek ubi, kita dengan sendirinya membayangkan kepingan nipis ubi kayu berbentuk bujur dan bersaiz gelang getah yang rangup dimakan. Kerepek ubi dengan pelbagai perasa masin, manis dan pedas itu biasanya mengambil bentuk ubi kayu yang dihiris nipis sebelum digoreng atau dikeringkan.
Kepingan nipis atau kerepek ubi kayu itu sudah begitu dikenali di pasaran sehingga begitu mudah didapati dan dibeli di mana-mana pusat beli-belah. Kaedah pembungkusannya juga begitu menarik dan setanding dengan snek ubi keluaran luar negara.
Bagaimanapun, snek ubi kayu bersalut gula merah keluaran Tawau agak berlainan dan unik berbanding snek ubi kayu biasa kerana selain berbeza dari segi rasa, ia juga berbeza dari segi cara pembuatan, malah saiznya.
Kerepek ubi kayu Tawau ini dibuat daripada ubi kayu yang diparut. Ia berbentuk segi empat bersaiz 20cm X 25cm (saiz kertas A4) serta setebal kira-kira 0.4 milimeter.
Kerepek ubi kayu Tawau ini rangup dan rasanya agak manis kerana permukaannya disalut nipis dengan gula merah cair sebelum dimasukkan ke dalam plastik kedap udara untuk dipasarkan.
Jika anda berkesempatan ke Sabah, melalui jalan darat dari Kota Kinabalu ke daerah-daerah pantai timur seperti Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, snek ubi buatan Tawau boleh dibeli dari gerai di tepi jalan raya sepanjang perjalanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)