penaja utama

Friday, November 26, 2010

5 kereta terpantas di planet

Kalau di tanya tentang kereta yang terpantas di dunia, kereta apa yang korang terfikir? BMW? Mercedes? Ferrari? Lamborghini? Hehe.. Itu cuma salah satu jenama pengeluar kenderaan automotif yang menghasilkan kereta-kereta yang berstatus mewah dan pantas. Tapi, dalam post kali ni, aku nak tekankan kepada kereta yang TERPANTAS SEKALI dalam dunia! Memang kalau dilihat perkembangan dan kecanggihan teknologi automotif yang semakin berkembang pesat menyebabkan beberapa pengeluar kenderaan mampu menghasilkan kenderaan terpantas di darat.

Bagaimanapun, hanya LIMA kenderaan bertaraf Supercar yang diiktiraf jentera terpantas di dunia, iaitu SSC Ultimate Aero, Bugatti Veyron, Koenigsegg CCX, Saleen S7 Twin-Turbodan Mclaren F1. He.. macam pelik je nama-nama model kereta ni kan.. So, let's check it outtt..!!


1. SSC Ultimate Aero

SSC Ultimate Aero TT adalah kenderaan bertaraf supercar yang dikeluarkan Shelby Super Cars, Amerika Syarikat. Jentera yang 'lowered' tak ingat hampir mencecah jalan sehingga boleh digunakan untuk menyodok sisa tanah runtuh ini memiliki enjin6.35 L twin-turbocharged V8 dan boleh diiktiraf sebagai terpantas di dunia apabila mampu mencatatkan kelajuan sehingga413 kilometer sejam (km/h), di mana rekod tersebut dicatatkan ketika sesi pandu uji pada 13 September 2007 di West Richland dan diiktiraf Guinness World of Records pada 9 Oktober tahun sama. Kos menghasilkan SSC Aero dianggarkan bernilai lebih $AS620,000 dan hanya 25 buah sahaja yang dikeluarkan sepanjang tahun 2006 - 2007. So, silalah beli kalau gaji korang sebanyak RM100,000.00 sebulan. Pasti bapak mertua korang akan tersenyum bangga mendapat menantu macam korang. Huhuhu... Membazir!





2. Bugatti Veyron

Model kereta kedua terpantas dunia adalah Bugatti Veyron yang dikeluarkan pada 2005. Jentera ini pernah menduduki tempat teratas jentera terpantas dunia sebelum dipintas oleh SSC Ultimate Aero pada tahun 2007. Bugatti Veyron yang dikeluarkan anak syarikat Volkswagen Group, Bugatti Automobiles SAS mencatatkan kelajuan terpantasnya sekitar 408 km/jJarak dari KL-JB pun lebih kurang 400km gak. So, kalau korang ada cadangan nak kerja di JB dan tinggal di KL, maka boleh la beli kereta ni... Sejam je dah sampai opis. Itupun kalau korang dah gila dan banyak duit laaa... Sebab Bugatti Veyron juga dianggap kenderaan paling mahal di dunia dengan harga sekitar Euro 1.1 juta! Dijana enjin 8.0 liter quad turbocharged W16 dengan transmisi 7 kelajuan, Bugatti Veyron menyimpan 987 kuasa kuda (Mak oiii.., laju nak mampos tuuu...!) dan nama jentera berkenaan diberi bersempena nama pelumba Perancis, Pierre Veyron yang berjaya memenangi perlumbaan 24 jam Le Mans pada 1939 menggunakan jentera Bugatti.




3. Koenisegg CCX

Koenigsegg CCX (singkatan dari 'Competition Coupe X') adalah kenderaan jenis Roadster daripada Sweden dan CCX adalah model terbaru yang dikeluarkan berdasarkan kawalan kualiti & piawaian ketat teknologi automotif Amerika dan dicipta untuk bagi menggantikan model Koenigsegg CCR. Huruf 'X' di hujung nama kenderaan ini adalah bermaksud ulangtahun ke-10 mereka mengikut nombor Roman. Model ketiga terpantas dunia ini dijana enjin 4.7 liter V8 Modular buatan Ford yang telah diubahsuai oleh Koenigsegg sendiri dan mampu menghamburkan kuasa setinggi 807hp! Kepantasan enjin ini boleh mencapai 0-300km/h dalam masa 29.2 saat sahaja sekaligus mengatasiSLR McLaren 722, Lamborghini Murcielago LP640, Porsche 997 GT2, Alpina B6 S, dan Corvette Z06. Mula dipertontonkan kepada umum pada 28 Februari 2006 di Pameran Automotif Geneva. Menariknya, CCX boleh didapati dalam versi teknologi bio yang dikenali CCXR, apabila kuasanya adalah 25 peratus lebih tinggi daripada CCX. Menurut pengasasnya,Christian Von Koenigsegg, CCXR mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,018hp (Yarabbi.., lajunyaaa...!!) jika menggunakan bahan bakar dari jenis E85 Biofuel! Ermmm... kalau la kereta ni dijadikan KITT dalam siri 'Knight Rider' yang terbaru ni, mesti gempak kan!







4. Saleen S7 Twin Turbo

Satu lagi model terpantas keluaran Amerika dikenali sebagai Saleen S7 Twin-Turbo yang dicipta hasil gabungan teknologi dan kepakaran daripada Saleen, Hidden Creek Industries, Phil Frank Design dan Ray Mallock Ltd. Model ini mula diperkenalkan kepada umum pada 19 Ogos 2000 menggunakan enjin Aluminium OHV lapan silinder (V8) yang menghamburkan 550 hp. Pada 2005, S7 diganti model S7 Twin Turbo berhargaUSD585,296.00 yang diperkuatkan dengan kuasa turbo dariGarret Turbocharger sekaligus meningkatkan kuasanya ke 750 hp, membolehkan ia memecut sehingga 402 km/h! Bayangkan kalau korang memandu kereta ni dalam kelajuan sebegitu dan terlanggar tiang papan iklan kat tepi highway... 'Nyaman' kan..! Heheheee...




5. McLaren F1

Model kelima terpantas di dunia menjadi milik McLaren F1 yang terkenal dengan ‘kelincahannya’ di jalan raya. Hehehe.. mesti korang terbayangkan kereta lumba F1 kan!? Sebenarnya, ia bukan seperti yang korang fikirkan tu. Kereta ini adalah tergolong dalam kelas Supercar dan adalah satu-satunya kenderaan yang memenangi rekod jentera jalan raya terpantas selama 11 tahun bermula 1994 sehingga tahun 2005. Jentera yang dikenali seluruh dunia itu dibangunkan British McLaren Group, McLaren Automotive yang juga mempunyai pasukannya sendiri dalamFormula Satu (F1). McLaren F1 dijana oleh enjin 6.1 liter 60° BMW S70 V12 dan mencatatkan kelajuan terpantas sehingga 371 km/h pada tahun 1994 dan mengungguli takhta jentera teratas selama 10 tahun sebelum dipintas oleh Koenigsegg CCR pada tahun 1995.






Ermmm.., ke mana perginya Ferrari, Lamborghini & Porsche ye..? Takde masuk dalam senarai pun.. ;)

Thursday, November 25, 2010

FAKTA TENTANG LAMBORGHINI!!

Lamborghini Murcielago

Lamborghini merupakan antara pengeluar kereta sport yang menarik perhatian dunia. Beberapa model yang menarik adalah seperti Countach, Diablo, Gallardo dan Murcielago. Berikut adalah 8 fakta yang perlu kamu ketahui mengenai jenama ini.

1. Lamborghini merupakan nama pengasas syarikat ini iaitu Ferruccio Lamborghini (1916-1993). Beliau membuka syarikat ini pada tahun 1963 pada usia 47 tahun. Kilang untuk membina kenderaan ini berada di perkampungan kecil Itali yang bernama Sant''Agata Bolognese di Bologna. 
Lamborghini Gallardo 
2. Beliau merupakan pembuat jentera traktor yang berjaya sebelum beliau berminat dalam industri pembuatan kereta sport. Akibat minat yang amat mendalam terhadap kereta jenis ini, beliau telah membeli beberapa kereta berkuasa tinggi termasuk Maserati dan Ferrari. Malangnya beliau tidak berpuas hati satu pun daripadanya dan berhasrat untuk membina kereta sportnya sendiri.
Lamborghini Countach

3. Lamborghini pada mulanya merupakan syarikat bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak. Tetapi kini, ia telah menjadi milik syarikat Jerman iaitu Audi AG yang telah bertukar hakmilik pada tahun 1998. Lamborghini diisytiharkan muflis pada tahun 1978 dan dijual kepada Chrysler sebelum Audi AG mengambil alih.

4. Kereta terpantas Lamborghini ialah Le Mans versi daripada model Murcielago R-GT. Ia dilaporkan memiliki kelajuan 370 km/j dengan enjin V12 berkapasiti 6000 cc.
Lamborghini Diablo 

5. Beberapa model terbaru Lamborghini mempunyai "scissor door" yang boleh dibuka secara kedepan dan keatas tetapi model Gallardo tidak mempunyai pintu seperti ini. Model Countach dan Diablo tidak lagi dikeluarkan menjadikan Murcielago satu-satunya model terkini yang mempunyai pintu sedemikian rupa.

6. Tiada satupun kereta daripada Lamborghini yang dibina rendah daripada enjin V8. Kebanyakannya mempunyai enjin V12 dan hanya Gallardo yang mempunyai enjin terendah dalam kelasnya iaitu V10.

7. Kereta Lamborghini pertama dikeluarkan ialah 350GTV pada tahun 1963. Ia merupakan kereta terpantas pada waktu itu iaitu berkelajuan 280 km/j. Pada tahun 1964, versi yang kecil sedikit telah dicipta yang dikenali sebagai 350GT yang berkelajuan 240 km/j. Model Countach semenjak 1974 merupakan kereta pertama yang berkelajuan lebih daripada 300 km/j.

8. Pada tahun 1975, Walter Wolf iaitu seorang hartawan dan ahli perniagaan daripada Kanada bersama dengan pemilik perlumbaan F1 meminta Lamborghini untuk membina 3 buah model Countach berkuasa tinggi. Countach yang dibeli oleh Wolf mempunyai enjin yang sama seperti Countach prototaip dan boleh mencecah 315 km





Tuesday, November 23, 2010

JUADAH ORG BUGIS DI TAWAU KHUSUSNYA..........

BURAS SEGI4


Amalan biasa dihari raya pertama, juadah yang “wajib” dihidangkan ialah makanan rasmi masyarakat bugis iaitu Tumbu dan Buras serta Nasu Likku. Bagaimana bentuk-rasa makanan itu, silalah datang berkunjung ke rumah orang Bugis





HOW TO HIDE THE ELEPHANT??? HAHHA...

Assalamualaikom, pernah tak kawan-kawan di zaman kanak-kanak di beri teka-teki, macam mana nak sorokan gajah dalam peti sejuk dengan tiga cara? 

jawapanya 
dengan bukak peti, masukkan gajah kemudian tutup kan. 

tapi sekarang nak sorokkan gajah ada bermacam cara, JOM tengok sama-sama macam mana caranya . 






Monday, November 22, 2010

visitTAWAU: KEREPEK TAWAU..CUMA ADA DI TAWAU SAHAJA!!


Apabila disebut kerepek ubi, kita dengan sendirinya membayangkan kepingan nipis ubi kayu berbentuk bujur dan bersaiz gelang getah yang rangup dimakan. Kerepek ubi dengan pelbagai perasa masin, manis dan pedas itu biasanya mengambil bentuk ubi kayu yang dihiris nipis sebelum digoreng atau dikeringkan.
Kepingan nipis atau kerepek ubi kayu itu sudah begitu dikenali di pasaran sehingga begitu mudah didapati dan dibeli di mana-mana pusat beli-belah. Kaedah pembungkusannya juga begitu menarik dan setanding dengan snek ubi keluaran luar negara.
Bagaimanapun, snek ubi kayu bersalut gula merah keluaran Tawau agak berlainan dan unik berbanding snek ubi kayu biasa kerana selain berbeza dari segi rasa, ia juga berbeza dari segi cara pembuatan, malah saiznya.
Kerepek ubi kayu Tawau ini dibuat daripada ubi kayu yang diparut. Ia berbentuk segi empat bersaiz 20cm X 25cm (saiz kertas A4) serta setebal kira-kira 0.4 milimeter.
Kerepek ubi kayu Tawau ini rangup dan rasanya agak manis kerana permukaannya disalut nipis dengan gula merah cair sebelum dimasukkan ke dalam plastik kedap udara untuk dipasarkan.

Jika anda berkesempatan ke Sabah, melalui jalan darat dari Kota Kinabalu ke daerah-daerah pantai timur seperti Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, snek ubi buatan Tawau boleh dibeli dari gerai di tepi jalan raya sepanjang perjalanan.

VisitSABAH: MOUNT KINABALU, THE WORLD HIGHEST VIA FERRATA

Jalan alternatif pendakian Via Ferrata diiktiraf tertinggi di dunia

VIA Ferrata dalam bahasa Itali bermaksud laluan besi, kini cukup sinonim dengan pendakian di Gunung Kinabalu. Ia popular di kalangan pendaki gunung itu sejak terbinanya laluan di lereng Kinabalu sebagai satu lagi laluan alternatif kepada pendaki untuk sampai ke puncaknya.
Hakikatnya, tidak ramai yang tahu kewujudan Via Ferrata di Gunung Kinabalu itu sebenarnya meletakkan Malaysia di persada antarabangsa apabila diiktiraf Via Ferrata tertinggi di dunia oleh Guinness Book of Records, pada 16 Disember lalu. Apa tidaknya, pada ketinggian 3,776 meter dari paras laut, ia mengatasi Via Ferrata di banjaran Marmolada West di Itali yang terletak pada ketinggian 3,343 meter. Lebih membanggakan, Via Ferrata Kinabalu juga adalah yang pertama seumpamanya di rantau Asia.
Keseluruhannya, ada lebih 300 laluan Via Ferrata di seluruh dunia dengan kebanyakannya di Eropah, khususnya di Jerman, Perancis dan Itali. Ia dibina menggunakan kabel dan talian yang disangkut pada penyangkut yang dipahat ke batu di lereng gunung. Tidak ketinggalan, plat besi sebesar tapak tangan dan batang besi berbentuk U yang dipasak ke dalam batu di lereng gunung sebagai tempat pemijak kaki. Pendaki pula perlu memakai peralatan penyangkut pada badan sebagai komponen utama keselamatan diri.

Penulis sendiri amat bertuah kerana berpeluang mencuba laluan Via Ferrata kebanggaan negara ketika mendaki puncak Kinabalu bersama pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin serta dua ahli Kelab Kaki Redah TV3, Mohd Haizal Khamis dan Mohd Junaidi Suboh serta seorang kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS), M Machdi Wismajaya, baru-baru ini. Pengalaman itu cukup bermakna selain mencabar ketahanan fizikal dan mental.

Perlu diingat, untuk ke Via Ferrata Kinabalu, pendaki perlu menginap di Laban Rata. Pilihan terbaik ialah di Pendant Hut yang menempatkan kabin syarikat pengendali Via Ferrata iaitu Mountain Torq Sdn Bhd. Sebelum memulakan pendakian, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengisi borang maklumat peribadi serta akuan dan pengesahan mengenai tahap kesihatan diri. Borang yang disediakan lengkap dengan butiran pertanyaan dari segi jenis penyakit bahaya yang jika dihidapi, pendaki akan larang menggunakan laluan Via Ferrata. 

Selesai mengisi borang itu, pendaki perlu mengikuti kelas latihan pendakian lebih kurang 30 minit. Secara ringkasnya, pendaki akan diajar kakitangan terlatih Mountain Torq cara menggunakan peralatan mendaki seperti tali penyangkut dan prosedur keselamatan ketika mendaki laluan Via Ferrata. Tidak perlu risau, kerana latihan dan prosedurnya amat mudah difahami dan senang dipraktikkan. 
Sejak dibuka pada pertengahan Disember 2007, lebih 5,000 pendaki sudah melalui Via Ferrata. Hanya mereka yang pernah melaluinya saja dapat berkongsi kenangan dan menceritakannya secara terperinci pengalaman yang dirasai cukup sukar digambarkan. Yang pasti, pendaki tidaklah bersendirian kerana mereka lazimnya disertai sekurang-kurangnya dua pendaki pengiring merangkap jurulatih yang disediakan Mountain Torq dalam setiap pendakian. 
Pada pagi hari pendakian, perasaan penulis dan rakan begitu teruja untuk memulakan pendakian. Perasaannya berbeza biarpun sebelum ini penulis dan rakan-rakan sudah tiga kali menawan puncak Kinabalu, tetapi belum pernah menggunakan laluan Via Ferrata. 
Hasrat kami bagaimanapun terbantut seketika sebaik keluar dari kabin penginapan, hujan renyai-renyai melanda dan kabus tebal mula kelihatan memenuhi persekitaran puncak gunung. Pengiring pendakian - Jinu@Ahimin Gupili mengarahkan kami berhenti di Gunting Lagadan untuk seketika sambil menunggu keadaan cuaca lebih baik. Ketika itu, perasaan kami bercampur–baur kerana khuatir pendakian terpaksa dibatalkan jika keadaan cuaca tidak berubah sekali gus tidak membolehkan kami melalui laluan Via Ferrata. 

Antara sebab utama ialah laluan Via Ferrata akan menjadi laluan air terjun yang kuat jika hujan lebat melanda kawasan pergunungan itu.
Akhirnya, tepat jam 11.30 pagi, hujan renyai mula berhenti dan kabus tebal sudah menghilangkan diri, menceriakan kembali perasaan kami. Kami terus memulakan perjalanan menuju ke titik permulaan pendakian Via Ferrata kira-kira 400 meter jaraknya dari Sayat-Sayat. 

Sebaik menyiapkan diri dengan peralatan penyangkut di badan, kami mulakan pendakian laluan besi dengan penuh bersemangat. Kira-kira jam 1.45 petang, kepuasan jelas terpancar dan berasa lega kerana pendakian di Via Ferrata berakhir dengan lancar dan selamat. 

Via Ferrata Kinabalu mempunyai dua laluan. Setiap satu dengan jarak laluan berbeza. Laluan pertama atau dikenali sebagai “Walk The Torq” dengan jarak laluan lebih kurang 500 meter. Laluan ini berakhir kira-kira 250 meter jaraknya dari Sayat-Sayat, manakala laluan kedua atau ‘The Low’s Peak Circuit’ dengan jarak 1.2 kilometer, berakhir di Puncak Selatan. 

Laluan pertama agak mudah dan tidak begitu menyeksakan pendaki. Biasanya mengambil masa selama 2 hingga 3 jam untuk melepasinya. Bagaimanapun, laluan kedua agak mencabar kerana selain jaraknya jauh, pendaki juga perlu berdepan dengan jarak pendakian secara menegak yang panjang. Ini agak sesuai untuk pendaki yang tegap dan kuat dengan tempoh masa pendakiannya antara 4 hingga 5 jam.

Yang pasti, satu kelebihan bagi pendaki Gunung Kinabalu jika melalui Via Ferrata berbanding menggunakan laluan biasa.

Keindahan dari pelbagai sudut pandangan berlainan dari lereng gunung menjangkau hingga ke lembahnya dapat dinikmati sepenuhnya sambil meniti laluan besi Via Ferrata. Nasihat penulis, ketepikan semua perasaan takut, gementar atau gayat dengan ketinggian rasai dan laluilah sendiri pengalaman meniti Via Ferrata tertinggi di dunia dan satusatunya di Asia. Saksikan sendiri keunikan dan keajaiban alam ciptaan Yang Maha Kuasa.

Selamat mendaki. 





MYstory : SINOPSIS WAYANG " AVATAR THE LAST AIRBENDER 2010..?


Peminat-peminat siri animasi popular "Avatar: The Legend Of Aang" pasti tidak mahu ketinggalaN menantikan sekuel seterusnya........

Hampir sama seperti di dalam siri animasinya, ia menceritakan mengenai peradaban manusia yang terbahagi kepada 4 kaum yang terdiri daripada tanah, api, air dan angin yang terikat dengan takdir apabila kaum dari suku "api" melancarkan perang keatas 3 kaum yang lain. 


Beberapa abad telah berlalu dengan tiada harapan kemusnahan ini dapat diperbetulkan. Bangsa daripada kaum "api" atau Fire Nation yang tamak ingin menakluki dan menjadi ketua keatas 3 kaum yang ditindas ini. Keempat-empat kaum ini pula, mempunyai kuasa untuk mengawal elemen dan persekitaran; Suku "api" dapat mengawal api dan memanipulasinya sebagai senjata, suku tanah pula dapat mengawal elemen daripada tanah begitu juga suku kaum air dan angin dapat mengawal elemen masing-masing. 


Di saat genting dan suasana yang penuh kacau-bilau ini, muncul pula Aang, seorang Avatar iaitu legenda yang dikatakan mempunyai kuasa untuk mengawal keempat-empat elemen tersebut dan mengembalikan keamanan. Aang telah bekerjasama dengan Katara seorang pemanipulasi air (waterbender) bersama abangnya Sokka untuk mengembalikan keseimbangan yang telah terjejas akibat sikap tamak haloba suku kaum "api".

Berasaskan siri animasi Nickelodeon yang mencatat kejayaan, “The Last Airbender” merupakan bab pembukaan dimana Aang berjuang untuk meneruskan kehidupan. Dia bersama dengan Katara dan Sokka terpaksa menuju ke Kutub Utara untuk bertemu mahaguru pemanipulasi air bagi mempelajari teknik memanipulasi air. Putera Zuko pula telah diarahkan oleh bapanya untuk menangkap Aang bagi mengembalikan maruahnya seterusnya melayakkan Putera Zuko menaiki takhta.

Paramount Pictures dan Nickelodeon Movies telah bekerjasama menjayakan filem ini yang diarahkan oleh M. Night Shyamalan dan menyaksikan babak-babak seni mempertahankan diri Asia dan mitologi.

Watak utama filem adaptasi ini terdiri daripada Noah Ringer sebagai Aang, Nicola Peltz sebagai Katara, Dev Patel sebagai Putera Zuko dan Jackson Rathbone sebagai Sokka. 

(GAMBAR INI XDA KAITAN>>HIASAN SEMATA2........

CHARIOT SKATE ?...ROLLER BLADE GUNA TAYAR BASIKAL..BASIKAL DAH XLAKU DA MCM NI..HEHE

Salam satu malaysia kali ni ingin letakkan artikel ni dalam kategori sukan dan riadah lah.. Nak letak bahagian teknologi tak sesuai pula..hehhehehe
Apabila Rollerblade pertama kali dicipta, rata-rata pengguna roller skate menganggap ia tidak berapa selamat dan merbahaya. Kini, pengguna rollerblade pula mungkin akan menganggap evolusi terbaru ciptaan ini yang diberi nama Chariot skate pula berbahaya.

Bagi yang pertama kali melihat chariot skate ini, mungkin akan menganggap ia tidak lebih sebagai rollerblade yang menggunakan tayar bersaiz basikal dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaan luar biasa. 



Ternyata anda silap. Kelebihan Chariot skate ini ialah ia mampu mencapai tahap momentum yang tinggi dan lebih kestabilan dalam mengawal kelajuan. Jika menggunakan rollerblade yang biasa, anda perlu lebih tenaga dalam "menghayunkan" tubuh untuk menghasilkan kelajuan kerana rodanya yang kecil'


Chariot skate juga boleh diluncurkan pada permukaan yang tidak rata dan diatas rumput, sama seperti yang dapat dilakukan jika menunggang basikal yang mana memang mustahil untuk dilakukan jika menggunakan rollerblade.

Ya.. Chariot skate ialah sebuah basikal tanpa tempat duduk dan tidak boleh membawa pembonceng.

Untuk memberhentikan chariot skate ini, pengguna boleh menggunakan kaedah yang sama digunakan oleh roller blade. Pengguna juga boleh menggunakan tangan jika mereka memakai sarung tangan.

Sebagai tambahan, roda kecil pada bahagian belakang telah ditambah untuk memberikan lebih kestabilan. Menurut perekanya, pengguna akan menikmati pengalaman seperti meluncur ski ais dan bukannya seperti "feel" meluncur menggunakan roller blade atau roller skate.

Apapun, untuk merasa pengalamannya sendiri, syarikat ini akan membuat pengeluaran pada tahun ini juga (2010). Anda boleh layarihttp://chariotskates.com untuk mengetahui tentang tarikh yang dijangka. 

Saturday, November 20, 2010

MYstory : INSOMNIA DURING EXAM'S WEEK...CAMPUS LIFE....

 mata masih jaga walaupun orang lain da di buai mimpi.......


mcm dugaan pabila exam week melanda...INSOMNIA..melanda diri ku lagi...xjugak aku suka minum neskafe ataw minuman yang berkafein..adoi..tuhan saja yang tahu mcm na rasanya xdpt melelapkan mata mlm2 begini....tengok kawan kat sebelah punya nyenyak tido..rasa geram plak...nak ckp aku tido siang xjuak...aduiii..




 tengok tengok jam da nak siang..ayam da berkokok..azan subuh da dengar..masih juak xdpt tido..sakit kepala..terasa berat sangat kalo xdpt tido..mcm2 di buat supaya tido..wat itu ini..kira kambing biri....xdpt juak...ermmm....ntah la..mcm na nak aku tido ne...plizz la..

ini menyebabkan aku semakin stress dan bertambah stress...exam xamik lagi da stress...apa yg ku baca ilang..malah semakin lapar dan kuat mkn la aku kalo stress..stress xdpt tido....plizz..mata lelap la ko....bukan sebab apa....nak tido supaya esok pagi xlah terasa penat n mengantuk..dahla exam aku semua start pagi pukul 9....abes dan kondem la aku tym exam ti.....before exam berlaku...nak ku bendung masalah ne...
walaupun xdpt tido semalaman..aku wish sgt2 bagi la mata ne tetido walau seketika...nak juak otak ku mau berehat....xkesah la sejam ke...n org bilang jgn terlebih tido pas da dpt tido..mengantuk mcmna pun kena bgun juak awal pagi...mampu ka aku...sedangkan jam loceng n alarm Hp ku pun xku dengar.....xpa...kita cuba kuat azam utk bangun pagi...jam8..ermm.jam 9 la...hehe