penaja utama

Monday, March 7, 2011

VisitTAWAU: Dolphin Irrawady berkelah di Cowie Bay Tawau...

enty pada ahri ne nak ckp pasal ikan dolphin plak..yg uniknya dan kebiasaan nya kita kan cuma dpt lihat dolphin ne kat zoo..xpun kat laut2 yg beriklim sejuk kat luar negara...contohnya la....tp ne la yg spesialnya kat tawau ne...the only in msia bukan setakat ikan jaws jak ada..ikan dolphin pun ada.... kat bwh ne sedkit senyak gmbr ikan dolphin irrawady yg sempat di snap + seacrh kat google..hehe


ini lah teluk cowie yg di temui ada dolphin
gamitan lumba2....
beberapa ikan dolphin...sedap ne wat kari ikan..
agak len ckit dari dolphin blue fin...kepala dolphin ne mcm naga lak
bermain air pancot

Sunday, March 6, 2011

VisitTAWAU: Tawau will be known as "little Dubai City" in Sabah...

gempak siot tajuk entry kali ne...tapi ne la kenyataannya...tawau akan di kenali sebagai "little dubai City" soon.




gembira sangat bila tahu berita ne,,..nak tulis pun gembira sgt..haha...link kat bawah di ambil dari bloger tawau

Tawau – Kerajaan negeri akan memulakan projek pembinaan bandar baru yang di namakan Bandar Baru Titingan yang di jangkakan bermula pada tahun hadapan ( 2011 ) untuk fasa pertama nya. Projek yang diseliakan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dengan usahasama sektor swasta tempatan iaitu Akar Budi Tuah Sdn Bhd ini menelan belanja peruntukan 1.5 bilion di atas tanah seluas 326 ekar yang terlat di kawasan Kg Titingan Tawau.
Datuk Ewon Ebin selaku menteri pembangunan luar bandar sabah berkata, Projek ini adalah satu usha kerajaan bagi membangunkan Tawau. Beliau juga berkata, Projek ini bukan saja hanya di fokuskan kepada perusahan komersil tapi juga akan membangunkan pusat-pusat pentadbiran, pendidikan seperti universiti, kompleks sukan, pusat kajian & sosio ekonomi. Katanya lagi, bandar ini juga akan memiliki tempat-tempat peranginan dan aktiviti riadah yang bakal menarik pelancong tempatan maupun pelancong luar untuk mengunjunginya.

Beliau menjelaskan lagi, pembangunan Bandar Titingan ini merangkumi pembinaan,
1. Pusat Pentadbiran Tawau
2. Pusat Kesihatan & Bioteknologi bersepadu
3. Pusat Pengajian Islam
4. Pusat Perdagangan & Komersil
5. Perumahan
6. Kondominium Mewah (program perumahan kedua)
7. Akademi Sukan & Pusat Rekreasi
8. Hotel 5 Bintang & Hotel Kos Rendah
9. Taman Tema Air Marina
10. Pusat Makanan Tepi Laut & Pusat Kebudayaan
“Hal ini diperkuat oleh rancangan Kerajaan untuk menjadikan Tawau sebagai Zon Bebas Cukai” katanya.


Keluasan Daerah
Anggaran keseluruhan kawasan :
Meter Persegi : 1, 319, 383
Ekar : 326.000
Hektar: 132
Bandar titingan merangkumi:
- Kolej dan Cawangan-cawangan Universiti
- Pusat Niaga Komersil
- Stesen bas
- Kemudahan Taman Ekstrim untuk Kelab Belia
- Pusat Konvensyen
- Kelab Marina & Yacth
- Hotel 5 Bintang
- Hotel 3 Bintang
- Pusat Membeli Belah
- Pusat Dagangan
- SOHO
- Lot pejabat
- Pusat perubatan bersepadu
- Masjid atas air
- Bangunan Pentadbiran
- Stesen Petrol
- Desa Budaya
- Bangunan Komuniti
- SOUK
- Jeti nelayan / perikanan
- Pasaraya-pasaraya
- Apartmen Kos sederhana
- Kondominium
- Penempatan – Lot Banglo
- Penempatan – teres
- Menara Komersil
- Taman Rekreasi
- Jeti
- Tapak Pejalan kaki
- Gerai Tepi laut
- Ruang Reakreasi Terbuka
- Taman Titingan
- Balai Polis & Bomba
- Lain-lain
Lakaran Maya Bandar Baru Titingan



gambar di atas menunjukkan pemandangan Yacht Club, pusat konvensyen, pusat perniagaan, pusat membeli belah dan hotel 5-bintang.

gambar atas menunjukkan lanskap hotel 5 bintang dan kompleks membeli belah serta menara tawau. sebagai mercu tanda di tawau city

gambar menunjukkan lanskap promonade & water front

gambar menunjukkan City hall, Souk, ruang pejalan kaki, kondominium, Semi-D, rumah banglo & rumah komuniti

gambar menunjukkan kondominum, rumah kelab & restoran bawah air

gambar menunjukkan perumahan, restoran bawah air & padang latihan golf

gambar menunjukkan padang latihan golf, perumahan dan jeti nelayan/perikanan

gambar menunjukkan masjid ats air dan bangunan titingan square

gambar menunjukkan perumahan teres, hospital dan lot pejabat dan perumahan budjet

gambar menunjukkan hospital, taman rekreasi dan perumahan teres dan hotel 5 n 3 star

gambar menunjukkan lot pejabat, apartment dan perumahan teres, banglo

gambar menunjukkan bangunan kedai komersil

gambar menunjukkan kolej dalam dan luar negara dan cawangan universiti serta taman ekstrim



Saturday, March 5, 2011

VisitTAWAU: Resepi kapurung ( my mummy's recipes) ....

di tawau sapa yg xpernah makan kapurung...sebut je pasal kapurung mesti suka..asalnya adalah makanan suku bugis tapi kalo di tawau ianya da jadi makanan peberet masyarakat tawau..xkesah la, bajau ka, suluk ka, tidung ka..semula tahu apa itu kapurung...tujuan utama adalah nak share resepi ne kepada masyarakat di seluruh dunia..bole cuba..sedap ne!! gila wo ..








gambar hiasan jer>>




tapi apa yang saya nak share pada anda semua ianya resepi kapurung ytg pada biasanya.resepi yang anda tahu agak biasa..tapi kali ini..tawaubaitu.com nak share kepada anda semua resepi yang telah di upgradekan rasanya..resepi ne adalah resepi my mom sendiri...so, tawaubaitu nak share, biar anda semua bole buat sendri kat umah ye..


resepi kapurung (my mom):




  1. 200 gram tepung kanji(resepi asli sagu)
  2. Seikat daun kacang muda, buang serat tengahnya
  3. Seikat kacang panjang, potong 3 cm
  4. 100 gram jagung manis
  5. kicap ikan
  6. 100 gram kacang tanah yg suda di goreng
  7. 150 gram ikan bilis yg suda di goreng rangup
  8. 500 gram ikan basong xpun ikan tamban
  9. 5 buah jeruk limau, ambil airnya
  10. Air dan garam secukupnya

  11. sambal belacan nya...

  1. 2 sudu lada kecik
  2. 3 biji buah tomat
  3. Garam dan gula secukupnya
  4. 2 buah jeruk limau, peras ambil airnya
  5. Ulek cabai, tomat, garam lalu aduk rata dengan air perasan limau
cara pembuatan nya..



  1. pertama masak kan kanji dengan air panas..kacau sehingga rata dan buat sperti bebola..
  2. cara terbaek guna copstick kasi bulat2..orait
  3. da siap untuk kasi..sekarang kita wat untuk kuah pula.....didih kan air dlm periuk yg bsar ckit lebih kurang dlm 1liter
  4. pa bila air da mendidih, masuk kan ikan (isi ikan sahaja)
  5. masak smpi isi ikan hancur dan sebati...letak kan sedkit sos/kicap ikan bagi menaik kan lagi aroma rasa ikan itu...
  6. pastu masukkan sayur kacang dan kacang panjang.dan masuk kan jagung manis jgk...pastikan api d perlahan kan..spya sayur x cepat layu
  7. kemudian, letak la garam n penambah perisa (ajinomoto) + gula ckit jak..!
  8. masak smpi smpi mendidh dan tutup api...
cara penyediaan:
  1. letak kan beberapa bebola kanji dalam mangkuk anda..kalo anda kuat mkn,,guna la mangkuk yg besar...
  2. then, tuang kuah yg da msak 2 dlm mangkuk tadi..
  3. kemudian, taburkan kacang goreng dan ikan bilis goreng yg telah di kisar di atas kapurung tadi...siap!
cara makan @ melahap





  • pa bila nak mkn..campur kan sambal belacan yg hot 2 dlm kapurung anda..sure meletop kalo mkn...
  • mkn la berhemah..ingat org belakang,,,jgn kasi abes semua..(pesanan mama ku)


Friday, March 4, 2011

VisitTAWAU: TAWAU ADALAH PENGELUAR COKLAT UTAMA DUNIA : HOKO


Sukar untuk membayangkan  jika dunia ini tanpa coklat! Tentu tidak mudah bukan ?  Kepada penggemar sejati coklat, lawatan ke Muzium Teck Guan di Tawau menjadi satu kemestian.  Tawau dikenali dengan industri kokonya yang semakin rancak dan muzium  ini dengan bangganya menempatkan sejarah koko sejak dahulu lagi.  Muzium Koko Teck Guan yang terletak di Batu 2,  Tanjung Batu Laut, mula membuka pintunya kepada pelawat pada tahun  2002. Dengan reka bentuk dan susun aturnya yang menarik, muzium ini merupakan satu-satunya muzium koko  di Malaysia.  Aroma wangi koko menyambut ketibaan anda sebaik sahaja anda memasuki pintunya. 
Dalam perkarangan yang sama anda juga  boleh melihat kilang memproses dan mengilang kopi yang memberikan pemandangan secara dekat tentang proses pengeluaran 

kopi. Persejarahan berilustrasi dari dinding ke dinding menerangkan secara rinci tentang  penemuan dan perkembangan koko di Malaysia dan juga dunia. Muzium tersebut turut menempatkan auditorium mini yang boleh memuatkan seramai  40 orang pada satu-satu masa.  Di sini anda boleh berseronok  menyaksikan tayangan video selama 20 minit yang memaparkan tentang pemprosesan dan pengeluaran koko.  Wanita ‘Hoko’ kemudiannya akan menunjukkan bagaimana  snek dan hidangan istimewa  koko yang lain disediakan.  Pelbagai produk Hoko tersedia untuk dibeli, daripada jam coklat sehinggalah kepada minuman koko panas segera. 
*Lawatan berpandu disediakan.
 MUZIUM KOKO..ONLY IN ASIA
 KOKO VILLAGE



Lokasi
Batu 2, Tanjung Batu Laut, Kilang Teck Guan, Tawau
Cara ke Sana
Anda boleh menaiki teksi dari bandar Tawau yang mengenakan tambang kira-kira RM40.00 (sehala) atau memandu sendiri.  Pemanduan  dari lapangan terbang ke sana mengambil masa selama 40 minit.  Sekiranya anda memerlukan khidmat teksi semasa perjalanan balik ke bandar, anda boleh mengaturkannya dengan pihak kaunter sambutan.
Masa Dibuka
Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Sabtu :8.00 pagi hingga 1.00 petang
Ditutup pada Ahad dan Hari Cuti Umum

Yuran Masuk
RM100 setiap lima orang
Hubungi
Telephone:� +6089-775566 samb. 2601
E-mail:�   majulah@teckguan.comhokotg@yahoo.com� atau simky@teckguan.com
 ANTARA COKLAT2 BUATAN KOKO TAWAU