Sukar untuk membayangkan jika dunia ini tanpa coklat! Tentu tidak mudah bukan ? Kepada penggemar sejati coklat, lawatan ke Muzium Teck Guan di Tawau menjadi satu kemestian. Tawau dikenali dengan industri kokonya yang semakin rancak dan muzium ini dengan bangganya menempatkan sejarah koko sejak dahulu lagi. Muzium Koko Teck Guan yang terletak di Batu 2, Tanjung Batu Laut, mula membuka pintunya kepada pelawat pada tahun 2002. Dengan reka bentuk dan susun aturnya yang menarik, muzium ini merupakan satu-satunya muzium koko di Malaysia. Aroma wangi koko menyambut ketibaan anda sebaik sahaja anda memasuki pintunya.
Dalam perkarangan yang sama anda juga boleh melihat kilang memproses dan mengilang kopi yang memberikan pemandangan secara dekat tentang proses pengeluaran
kopi. Persejarahan berilustrasi dari dinding ke dinding menerangkan secara rinci tentang penemuan dan perkembangan koko di Malaysia dan juga dunia. Muzium tersebut turut menempatkan auditorium mini yang boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu-satu masa. Di sini anda boleh berseronok menyaksikan tayangan video selama 20 minit yang memaparkan tentang pemprosesan dan pengeluaran koko. Wanita ‘Hoko’ kemudiannya akan menunjukkan bagaimana snek dan hidangan istimewa koko yang lain disediakan. Pelbagai produk Hoko tersedia untuk dibeli, daripada jam coklat sehinggalah kepada minuman koko panas segera.
*Lawatan berpandu disediakan.
MUZIUM KOKO..ONLY IN ASIAKOKO VILLAGE
Lokasi
Batu 2, Tanjung Batu Laut, Kilang Teck Guan, Tawau
Batu 2, Tanjung Batu Laut, Kilang Teck Guan, Tawau
Cara ke Sana
Anda boleh menaiki teksi dari bandar Tawau yang mengenakan tambang kira-kira RM40.00 (sehala) atau memandu sendiri. Pemanduan dari lapangan terbang ke sana mengambil masa selama 40 minit. Sekiranya anda memerlukan khidmat teksi semasa perjalanan balik ke bandar, anda boleh mengaturkannya dengan pihak kaunter sambutan.

Masa Dibuka
Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Sabtu :8.00 pagi hingga 1.00 petang
Ditutup pada Ahad dan Hari Cuti Umum
�
Yuran Masuk
RM100 setiap lima orang
Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Sabtu :8.00 pagi hingga 1.00 petang
Ditutup pada Ahad dan Hari Cuti Umum
�
Yuran Masuk
RM100 setiap lima orang
Hubungi
Telephone:� +6089-775566 samb. 2601
E-mail:� majulah@teckguan.com, hokotg@yahoo.com� atau simky@teckguan.com�
Telephone:� +6089-775566 samb. 2601
E-mail:� majulah@teckguan.com, hokotg@yahoo.com� atau simky@teckguan.com�
ANTARA COKLAT2 BUATAN KOKO TAWAU
No comments:
Post a Comment