penaja utama

SETEMPAT





13,740kg barang kawalan cuba diseludup berjaya dirampas



TAWAU 3mac2011: Sebanyak 13,740 kg barang kawalan yang dipercayai cuba diseludup keluar dari negara ini ke negara jiran berjaya dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau, kelmarin.
Pegawai Unit Operasi APMM Tawau, Leftenan (M) Norihan bin Ngah berkata, barang-barang kawalan itu di rampas di Perairan Tawau, dari sebuah bot yang sedang menuju ke Tarakan, pada jam 9.10 malam.
Barang-barang berkenaan katanya terdiri daripada 13,500 kg minyak masak dan 240 kg gula pasir.
“Kita juga menahan tujuh lelaki terdiri daripada enam awak-awak dan seorang tekong bot yang berusia 20-an dan 50-an kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.
Jelasnya, kesemua lelaki tersebut ditahan di bawah Akta Imigresen manakala bot yang digunakan juga turut dirampas di bawah Akta Kastam.


“Kita akan terus mempergiatkan usaha mengekang penyeludupan keluar barang-barang kawalan dari negara ini ke negara jiran. Kita berharap masyarakat turut memberi kerjasama,” ujarnya.
Norihan berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihaknya melalui talian             089-752115       yang beroperasi selama 24 jam.





13,500 Kg Minyak Masak Cuba Diseludup Ke Luar Negara


TAWAU, 2 Mac (Bernama) -- Sebanyak 13,500 kilogram minyak masak cuba diseludup ke negara luar dengan bot di sini Selasa malam.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut mengesan 240 kilogram gula cuba diseludup menerusi bot tersebut yang sedang menuju ke Tarakan, Indonesia, kira-kira 9.10 malam.

Pegawai Unit Operasi APMM Tawau, Lt (Maritin) Norihan Ngah berkata enam orang awak-awak dan tekong bot warga Indonesia ditahan di bawah Akta Imigresen 1959 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Bot tersebut turut disita di bawah Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA





 sekolah di sabah tidak selamat 

Akhbar The Star 15 Feb 2011 melaporkan terdapat TIGA sekolah di Tawau, Sabah yang diisytiharkan TIDAK SELAMAT/BAHAYA sejak setahun yang lalu. Tapi 1000 pelajar ini tiada pilihan untuk menuruskan di bangunan sekolah yang tidak selamat ini. Agaknya nak tunggu Pilihanraya Kecil di Tawau, Sabah pula? Apa guna ada Naib Presiden Umno orang Sabah? Tak pe, Sabah kawasan Selamat Umno.


Buildings unsafe, but 1,000 pupils still attending school 

KOTA KINABALU: Three primary school buildings in the east coast of Tawau have been declared unsafe for about a year but at least 1,000 pupils are continuing to attend classes there.

Despite the Public Works Department’s declaration that the buildings are unsafe, the pupils still attend classes and hold activities at the schools – SK Bahagia, SK Kukusan and SK Jambatan Putih.

sumber: sabahdaily.com