penaja utama

Tuesday, March 8, 2011

DEBAT FAKTA MENARIK TENTANG MELAYU TAWAU.......

di sini saya nak share kan fakta debat yg menarik ati saya....di mana salah sorg tidak berpuas hati yg mendakwa bhawa di sabah tidak ada pun bgsa melayu yang wujud..dan menafikan melayu bugis, melayu arab melayu suluk di tawau adalah bukan melayu.....dan mengatakan tiada istilah melayu sabah...kecuali melayu semenanjung ataw melayu sarawak sahaja...kita tgk perdebatan mereka....siapa yg btol...??


R(bukan nama sebenar)Tawau adalah sebuah tempat begitu unik kerana satu satunya tempat di Sabah yang dihuni masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu Tawau ini adalah terdiri daripada pelbagai suku kaum Melayu yang telah lama hidup bersama dan mengamalkan cara hidup dan budaya yang sama iaitu Budaya Melayu. Walaupun berbeza asal keturunan namun di Tawau, mereka telah wujud dalam satu komuniti yang dipanggil Masyarakat Melayu. Mereka cuma menggunakan satu bahasa sebagai bahasa pertuturan dan pergaulan iaitu Bahasa Melayu Tawau.

Umumnya, masyarakat Melayu Tawau ( native community ) ini adalah kumpulan masyarakat dari gabungan pelbagai rumpun Melayu di Tawau sama ada tercantum melalui hasil perkahwinan campur sesama mereka dan juga hasil perkongsian cara hidup, amalan adat tradisi serta budaya setempat yang ditunjangi oleh agama Islam yang suci sebagai asas panduan utama dalam kehidupan dan disatukan oleh satu bahasa yang indah iaitu bahasa Melayu yang difahami dan dipertuturkan bersama. Masyarakat rumpun Melayu yang terdapat di Tawau adalah seperti Melayu Tidung, Melayu Arab, Melayu Banjar, Melayu Suluk, Melayu Jawa, Melayu Bulungan, Melayu Kokos dan lain-lain. Ini termasuk juga sebilangan kecil masyarakat dari keturunan yang lain seperti Bajau dan Iban-Muslim yang memilih untuk hidup bersama masyarakat Melayu yang lain. Masyarakat ini telah wujud sekian lama sebelum zaman penjajahan British lagi. Mereka telah membuka penempatan di kuala-kuala sungai dengan hidup sebagai nelayan dan menanam padi bukit. Mereka hidup bersama-sama, berkahwin di antara mereka dan saling mewujudkan masyarakat yang aman damai di Tawau sebelum kedatangan pihak British dan orang-orang Cina.

Di daerah Tawau ini, masyarakat Melayu telah wujud sejak beratus tahun lama dahulu. Penempatan masyarakat Melayu terawal di Tawau ialah di Kuala dan di sepanjang hilir Sungai Tawau atau Tawau Lama iaitu perkampungan nelayan masyakat Melayu keturunan Tidung dan Suluk. Nama Tawau sendiri sebenarnya adalah berasal dari perkataan Tidung yang bermaksud 'Tawai' iaitu cara orang-orang dahulu memancing ikan di sepanjang sungai Tawau. Kemudiannya panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan 'Tawao' mengikut panggilan masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di sekitar perairan wilayah Kesultanan Melayu Islam Sulu.

Mengikut sejarahnya sebelum kewujudan Tawau sebagainya kampung nelayan, terdapat sebuah kampung Melayu Islam tertua di Kalabakan yang pada ketika itu di bawah naungan Kesultanan Bulungan-Tarakan. Setelah kampung Tawau Lama ini dimajukan oleh British sebagai kawasan penanaman kelapa ( kopra ), ramai masyakat Melayu khususnya masyarakat Melayu Tidung berpindah ke kawasan di luar Tawau Lama seperti di Kuala Apas dan di Kuala Merotai. Mereka menjadi penduduk di sana dan pemilik Tanah di sana hingga ke saat ini. Masyakat Melayu Suluk pula banyak yang mendiami kawasan perkampungan di Tinagat, Membalua, Ranggu dan Indrasabah. Mereka juga penduduk tetap dan pemilik tanah di sana hingga ke hari ini. Di Pulau Sebatik juga terdapat perkampungan nelayan Melayu lama di Sungai Tamang sebelum kewujudan pekan Wallace Bay sebagai pusat pentadbiran di sana. Setelah Syarikat North Borneo British menjadikan Tawau sebagai sumber kekayaan ekonomi mereka, barulah wujud ladang ladang getah yang dibuka oleh ahli peniagaan dari Jepun seperti Kuhara Plantation milik Mr Kuhara seperti Ladang Merotai, Ladang Table, Ladang Tiger dan Ladang Sungai Imam dan juga Kubota Plantation milik Mr Kubota. Selepas perang Jepun tamat, ladang-ladang kepunyaan bangsa Jepun seperti Kuhara Plantation ini diambilalih sepenuhnya oleh British dan ditukarkan namanya kepada Borneo Abaca Limited ( BAL ). Begitu juga dengan kewujudan North Borneo Timber ( NBT ) yang berpusat di Wallace Bay pada awal era pemerintahan British yang bertujuan memonopoli sumber kekayaan hasil kayu balak di Tawau pada ketika itu.


S(bukan nama sebenar):di sabah dan di tawau ada melayukah ?
setahu saya, di sabah dan di tawau TIADA melayu, in fact di sabah ini langsung tiada istilah "melayu sabah". klo di semenanjung kta panggil melayu semenanjung,klo di sarawak kta panggil melayu sarawak, tapi di sabah, harus diingatkan bahawa tiada "melayu sabah". di sabah cuma ada bumiputera islam, bumiputera bukan islam, cina, dan kaum lain-lain ja. fakta ini harus diperbetulkan, jgn beri fakta yg tidak benar dlm page ini.????????

R(bukan nama sebenar)Salam 1Malaysia buat saudari Sarah Rock..
harap maaf saya tujukan pada saudari ataupun mana-mana pihak yang telah membaca penerangan serba ringkas dan agak kurang jelas mengenai rumpun Melayu Tawau pada "post" saya yg diatas..

Disini ingin saya bawa diri saya dan anda utk berfikir diluar kotak..
bak kata pepatah cikgu2 sekolah rendah..berfikir secara kreatif dan kritis..
berfikir berdasarkan punca-punca yang ada..

Ingin saya jelaskan.. penerangan saya pada "post" diatas yg bertarikh 18 Januari 2011
adalah mengenai Melayu dalam konteks serumpun..
Ya..RUMPUN MELAYU
Sekiranya saudari berprasangka bahawa rumpun melayu itu hanya terbatas pada kata-kata "Melayu Semenanjung" ataupun "Melayu Sarawak", ianya adalah salah sama sekali..bahkan saudari dengan yakin menyatakan bahawa tidak wujudnya Melayu di tanah bumi Sabah ini..berdasarkan sumber apakah saudari mengatakan perkara ini..???????

Saya perkenalkan terlebih dahulu nama saya adalah Syed Idris B S.M Al-kaaf..dan ingin saya bertanya kepada saudari adakah Syed & Sharifah di tanah semenanjung dipanggil Melayu..apakah pada surat lahir anak mereka tertulis apa mereka dipanggil 
Pada pendapat saudari apakah mereka ini di tanah semenanjung sana..
Dan pada pendapat saudari adakah Syed & Sharifah di Sabah umumnya dan Tawau khususnya tidak sama dengan Syed & Sharifah di sana..???????

Bagi membincangkan topik ini dari konsep yang lebih meluas..saya nyatakan disini serba sedikit mengenai sejarah Melayu itu sendiri..
Salahsilah Melayu berdasarkan 2 peradaban besar..Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan..
Melayu terawal dikenali sebagai Melayu Proto, (keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s)..
dan selepas gelombang peradaban Melayu Proto itu wujudnya peradaban Melayu lagi selepasnya yang dipanggil Melayu Deutro, ( keturunan Ibrahim a.s. dari isterinya Keturah) peradaban kedua ini yang mempunyai bilangan lebih ramai daripada Melayu Proto berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi..kumpulan kedua ini menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara..


Berbalik kepada konteks Melayu Serumpun itu tadi..
Ingin saya nyatakan bahawa konteks ini amat meluas sekali..
Rumpun Melayu atau lebih sinonim dengan panggilan Orang Nusantara adalah kelompok yang sangat besar, bukan saja di Nusantara tapi di kepulauan Pasifik (termasuk Hawaii), Oceania (Australia dan New Zealand), Taiwan dan Madagascar.
Beribu-ribu tahun dulu, rumpun ni telah bertebaran sekitar kawasan yang disebut di atas melalui pelayaran dan bangsa Nusantara ni sangat terkenal sebagai pelaut yang handal hingga mampu sampai dan membuat penempatan di pulau- pulau yang jauh di tengah lautan. 

Di Madagascar, mereka ni dikenali sebagai orang Merina dan di New Zealand sebagai orang Maori. Orang Maori di New Zealand sendiri mengakui bahawa nenek moyang mereka adalah pelaut dari kepulauan Melayu, begitu juga dengan bangsa Merina. Teori tentang pelayaran orang Nusantara ini didapati melalui kajian tentang bahasa yang di gunakan di tempat-tempat yang berkaitan.

Diantara kumpulan ethnoliguistik utama di dunia, keluarga Nusantara yang dipanggil Austronesia atau Malayo-Polynesia oleh sarjana Barat telah mendominasi kawasan geografikal terbesar sebelum era moden. Dari Timur ke Barat kawasan besar ini meliputi dari Rapa-nui (Easter Island) ke Madagaskar (lebihkurang 60% lilitan bumi). Dari Utara ke Selatan ia termasuk kepulauan Taiwan (dipanggil Pekan oleh orang asal Nusantara), semenanjung Hawaii (dari perkataan Hava-iki atau Jawa Kecil sebagai sempena tanah asal bangsa Polynesia ini) dan New Zealand (Aotearoa dalam bahasa Maori).

Dan hakikatnya, para pedagang Melayu (iaitu dari kerajaan Nusantara yang berbahasa Melayu, dimana yang paling ketara ramai sebagaimana pernah ditulis oleh sarjana silam China adalah Melayu yang digelar orang Funan) yang telah berdagang antara Laut China dan negeri-negeri pantai Laut Indonesia, sejauh empayar Rom di barat daya.

Kemungkinan hadirnya Melayu di kawasan itu telah menyumbang kepada berkembangnya agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara. Pada masa datuk nenek orang Merina secara perlahan-lahan menjelajah dan menakluki Madagaskar, orang Nusantara yang lain berdagang secara aktif dengan pantai Afrika dan Timur Tengah. Barang dagangan utama ialah rempah, berbagai jenis batu permata, kulit, hamba sahaya dan sutera. Besar kemungkinan (dari rujukan-rujukan teks Arab) bahawa pangkalan perdagangan Melayu telahpun ditubuhkan di pantai-pantai Afrika ketika itu.

Ingin saya lebih lanjut menerangkan serba sedikit mengenai tunggak keturunan Melayu yang ada sekarang ini iaitu daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s..
Nabi Ibrahim a.s. pada mulanya tinggal di Ur, Mesopotamia atau Babylon. Kemudian berpindah ke Haran dan kemudian barulah ke Kanaan (Palestin). Ini adalah sekitar 2166 SM hingga 1991 SM (4,000 tahun lampau). Baginda dikatakan berumur 175 tahun dan wafat tahun 2123 (1638 BCE). Ada pendapat menyatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. pernah berdakwah hingga ke Kemboja dan berkahwin dengan orang Kemboja dan inilah yang dikatakan asal usul Bani Jawi. Ibnu Athir berpendapat bahawa Bani Jawi itu berasal dari anak cucu Nabi Ibrahim dengan isterinya yang bernama Qatura atau Keturah. Adakah yang dikahwini oleh Nabi Ibrahim a.s. di Kemboja itu adalah Keturah tidaklah diketahui tetapi kisah Nabi Ibrahim a.s. menyuruh anak-anaknya dari Keturah agar berpindah ke Timur memang ada disebut dalam Taurat (Genesis 25:6).

Nabi Ibrahim mengahwini Keturah selepas kematian Siti Sarah. Ketika itu baginda berusia 137 tahun. Baginda dapat 6 anak hasil perkahwinan ini. Anak-anak dari Keturah ialah Zimran, Yakshan, Medan, Midian, Yishbak dan Shuach. Semua ini dicatat dalam Taurat iaitu Genesis 25:2-4. Memang ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal nabi Ibrahim a.s. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan. 

Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain (Inggeris memanggil Malay, India memanggil Malai Karen, China memanggil Malai Ren). Tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim a.s. ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. Anak-anak Keturah adalah dari darah Ibrahim a.s., berjumlah 6 orang dan salah satu dari 6 anak inilah bapa kepada Bani Jawi (ini menurut Ibnu Athir). Saya berpendapat bahawa Melayu dan Bani Jawi sebenarnya adalah bangsa yang satu. Bani Jawi adalah nama yang digelarkan oleh orang Arab silam terhadap orang Melayu .

Orang Melayu Muslim lebih gemar dipanggil Melayu Jawi, Orang Jawi atau Bani Jawi. Suku etnik Melayu termasuklah Acheh, Mendailing, Melayu Deli, Minangkabau, Kerinchi, Riau, Palembang, Sunda, Melayu Bugis , Jawa, Melayu Sulu, Melayu Maluku, Banjar, Melayu Campa (Kemboja) dan lain-lain.

Terdapat kajian yang dibuat oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang dimulakan sejak Januari 2006. Kajian ini cuba membuktikan beberapa perkara dan berdasarkan hasil awal yang diperolehi mencadangkan bahawa satu-satunya suku Melayu di Malaysia yang masih tulen adalah Melayu Kelantan. 
Ini kerana Melayu Kelantan masih memelihara keturunan mereka tanpa banyak berlaku perkahwinan campur.

Menurut De Silva (1981) seorang ahli sejarah Sri Lanka mengakui bahawa penemuan arkeologi menunjukkan kebudayaan dan tamaddun yang dicapai oleh penduduk Asia Tenggara di zaman Hoabinhian (menurutnya seawal 15,000 tahun lalu) adalah lebih tinggi daripada apa yang pernah dicapai oleh penduduk Asia Barat, India dan China pada ketika itu.

Beliau juga telah membuat kesimpulan bahawa kemungkinan Asia Tenggara (dunia Melayu) adalah pengasas tamaddun manusia (The Cradle of Civilisation), bukan Asia Barat. Jika anda lihat adab orang Melayu, anda akan dapati bahawa Melayu cuba mengekalkan jatidiri mereka sebagai bangsa paling beradab.

Dan berbalik kepada rumpun Melayu Tawau..
ingin saya ucapkan disini bahawa kita semua adalah berada dibawah satu rumpun yang sama..
:: RUMPUN MELAYU :: 

Saya memohon maaf sekiranya catatan yang saya buat ini ada menyinggung mana-mana pihak, ataupun perseorangan..
Ingin juga saya memohon maaf diatas kejahilan saya yang membuat catatan yang bertarikh 18 Januari 2011 yang penuh dengan unsur samar-samar dan ketidakjelasan..saya memohon maaf lagi sekali sekiranya catatan ini menguris hati mana-mana orang..

Apa-apa hal pun buka mata dan telinga ... kita ini Makhluk Allah s.w.t. 
dijadikan berbeza-beza untuk kita saling kenal mengenali .. dan akhirnya sujud kepada Kekuasaan Nya.

"Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi"
(segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku )
Wallahu a'lam bishowaab. Wassalam.


S(bukan nama sebenar)saudara rantaro, ya, mmg benar kta semua dlm rumpun melayu tapi TAK SEMESTINYA kta berbangsa melayu .....
adakah saudara inginkan semua rakyat sabah yg berbangsa bumiputera mengaku diri mrk itu melayu ? adakah saudara ingin melihat identiti setiap suku2 kaum di sabah ini hilang dan berasimilasi dengan kebudayaan melayu ? adakah saudara ingin melihat suku2 kaum di sabah ini berkurangan kpd 3 sahaja iaitu "melayu", cina, dan kaum lain2 ? sudah tentunya tidak kan ? saya berharap agar perkara spt ini tidak akan berlaku di sabah .....

perlu diingatkn disini bahawa sabah & sarawak serta semenanjung, sgt jauh berbeza dari segi kebudayaan, identiti suku kaum, adat resam, dsbnya .....
mereka lebih mempertahankan identiti suku kaum mrk drpd terus diserap/diasimilasikan ke dlm bangsa melayu .....
kesimpulannya di sabah memang ada masyarakat dari rumpun melayu tapi TIADA BANGSA MELAYU di sabah. sekian.


R(bukan nama sebenar) INGIN SAYA TEGASKAN DISINI..
catatan itu adalah lebih berkonsepkan RUMPUN MELAYU..dan bukannya khusus kepada unsur etnik ataupun bangsa..

sekiranya saudari ingin megatakan bahawa rumpun Melayu itu wujudnya hanya di semenanjung dan sarawak sahaja..adakah fakta itu benar dan berlandaskan sumber apa saudari mengatakannya..

sebagai contoh..ingin saya bertanya kepada saudari..kesultanan melayu johor..pada pendapat saudari..rumpun apakah yg membentuk masyarakat ini..??
Secara majoritinya ianya adalah Melayu Bugis..dan melayu lain seperti Melayu Banjar, Melayu Jawa dan Melayu Jambi..

Dengan kelompok majoriti masyarakat Tawau iaitu Bugis..adakah saudari ingin menolak prinsip Ketuanan Melayu yang ada pada masyarakat Bugis dari segi KONSEP SERUMPUN di Tawau ini khususnya dan Sabah umumnya..

Akibat daripada perubahan sosiobudaya..telah mewujudkan jurang perbedaan dikalangan RUMPUN MELAYU..

"Indigenous" di Sabah Dan Sarawak terdiri dari suku kaum Kadazan,
Bajau, Melanau, Iban, Murut, Kedayan, Orang Ulu, Bidayuh, dan banyak lagi
sekitar lebih dari 30 suku kaum.
Dalam konteks nusantara, mereka di ketegori sebagai melayu (proto) tapi
dalam konteks perlembagaan malaysia, tidak semua mereka ini dianggap Melayu
disebabkan mereka tidak mengamalkan cara hidup Melayu..
Di Sabah, sehingga sekitar tahun 1990 kebanyakkan mereka tidak mahu digelar melayu. Mereka lebih selesa dgn identiti kaum sendiri.
Sebagai contoh, Bajau dan Kedayan lebih selesa dikenali sebagai Bajau dan Kedayan yang beragama Islam..
Sebab itu bila UMNO masuk ke Sabah, ianya ditolak bulat-bulat oleh pribumi Sabah. Setelah UMNO Sabah menggunakan motto, untuk Melayu dan Bumiputra barulah sedikit sebanyak ada sokongan tempatan..

DENGAN TEGAS INGIN SAYA JELASKAN SEKALI LAGI..
catatan yang saya buat adalah merupakan catatan yang mempunyai aspek meluas dan tidak terikat pada mana-mana unsur contohnya seperti etnik, suku dan juga kaum..
Maka dicatatan iitu saya mengatakannya sebagai RUMPUN MELAYU..

SAYA MOHON MAAF SEKIRANYA CATATAN TERSEBUT MEWUJUDKAN UNSUR TIDAK PUAS HATI PADA MANA-MANA PIHAK..


S(bukan nama sebenar) : bukankah bangsa Melayu yg paling asli berasal dari sumatera ? mrk kemudiannya berhijrah ke semenanjung malaysia, sarawak, brunei, dan selatan thailand. di tempat2 ini sahajalah bangsa Melayu yg ASLI benar2 wujud. suku2 spt bugis, jawa, banjar, dsbnya: mereka mempunyai identiti mrk yg tersendiri dan berbeza dgn identiti bangsa melayu yg asal. jadi adalah tidak tepat utk menggunakan istilah spt melayu bugis, melayu jawa,melayu banjar, dsbnya. cukup sekadar menyebut nama suku mereka masing2, org Melayu, org Bugis, org Jawa, org Banjar, dan sbgnya .....

apa yg saya dpt perhatikan, sejak Umno masuk ke sabah, telah wujud usaha utk menyerapkan identiti suku2 kaum bumiputera terutamanya yg beragama Islam di sabah menjadi identiti melayu. perkara ini agak membimbangkan krna dikhuatiri pada masa akan dtg, identiti unik masyarakat bumiputera yg berbilang kaum di sabah akan hilang dan diserap menjadi identiti melayu. saya hanya mampu berharap agar janganlah situasi spt ini berlaku di bumi sabah ini.


A(bukan nama sebenar) mencelah: dalam wikipedia ada menyebut pasal sejarah tawau...tp hanya tercatat seorg berbngsa cina hainan iaitu( kee abdullah) sahaja..kerana sejarah penerokaan dan pembangunan tawau bermula pada tarikh dan bukti yg tepat pada 1840..seperti Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman...Tahun 1840 dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan penerokaan Tawau oleh suku kaum Bugis.

5 comments:

  1. sakit mata oh tu font warna biru -.-

    ReplyDelete
  2. Admin melupakan kaum Tidong (rumpun murutic) dalam penerokaan awal daerah tawau, makna 'tawau' itu sendiri datang dari bahasa Tidong, try cek dgn sahabat2 yang bersuku Tidong makna dan sebutan asal bagi perkataan Tawau. Suku Bugis adalah penghijrah gelombang kedua ke Tawau selepas suku Tidong.

    ReplyDelete
  3. Terbaca marga admin saya berpendapat admin adalah berketurunan dari ahlul bait (Al-jufri) melalui Imam Ali dan saidinah Fatimah. Persoalan yang dilontarkan adalah pandangan admin tentang pemberian IC palsu (IC projek) setiap kali pilihanraya bagi memenangkan sesebuah parti? soalannya adakah perbuatan ini sangat-sangat disukai dan diberkat oleh Allah SWT atas usaha meramaikan penganut Islam di Sabah? Adakah ini boleh dikira sebagai jihad fisabilillah dalam penipuan bagi memenangkan satu satu parti? saya yang hina dina ini ingin meminta kepastian berhubung dengan isu ini dalam perspektif muamalah kerana Projek IC juga salah satu cara rumpun melayu di sabah semakin meningkat.

    Dan satu lagi, adakah keturunan "AL-KAAF" di Palembang, Indonesia juga mengelar diri mereka sebagai rumpun Melayu? jika ya... sertakan bukti kukuh atas hujahan kakek?

    ReplyDelete
  4. Masih byk perlu digali ne haha, cetek betul info si sarah ne, byk bha jg etnik2 bau2 bacang melayu di sabah ne, satu jak la tgk sm bajau, bajau ialah rumpun melayu yg paling ketara, satu pg suluk, brunei, etnik2 minoriti di sebelah east coast spt tidung, bolongan, bugis, banjar, idahan, dll ada bau2 bacang melayu, sarah ne perlu tahu apa itu 'melayu' dan apa itu 'rumpun melayu'... Ini kes kena kasi pusing2 n complicated oleh provoker aktivis dan provoker politics jak baini, ada yg tidak mahu sabah dimelayukan haha, n Sarah ne jg perlu tahu apa mcm itu perkataan malayo start digunakan, oeg luar baitu refer sm org di nusantara sbg malayo, malai, malaiur segala ikut slang masing2, klu ikut betul etnik2 di nusantara namanya semuanya ikut daerah masing2 selalunya lah, mcm jg dusun, dulu2 mn ada itu, dulu2 etnik2 dari cabang momogun ne, nama dorg ikut daerah dan jln2 utama, selalunya sungai2, then mcm la zaman tun fuad Stephen dulu mahu menjenamakan semula etnik KDM supaya ada satu nama iaitu dgn nama kadazan, tp byk etnik dusun bukit mahukan nama dusun yg lebih dominan, sedangkan allayarham tun fuad tahu yg nama dusun itu adalah gelaran org luar(brunei, sulu, british, belanda) gunakan utk refer suku2 yg tinggal di pedalaman,so tun fuad ingin menaikkan standard suku2 di sabah dgn penjenamaan yg baru, tp ditentang, nah ko tgk, itpun suda jd isu dulu2, inikan pula dgn melayi sabah hehe, sarah tidak menganggap sabah ne ada melayu, dia ckp diatas tu sbb nda kan kita mahu semua suku n etnik di sabah ne jd melayu sabah n kira mcm penghapusan identiti etnik2 di sabah la kali kan, sedangkan di semenanjung, etnik2 peribumi disana dpt kekalkan identiti etnik mereka jg behhh, contoh minangkabau dgn identiti mereka, melayi utara (etnik kedah) dfn identitinya,sebelah selatan malaya bugis2nya wpun kursnf tertonjon identiti bugisnya, tp ada identiti johor n melaka (inilah jd teras identiti melayu roots malaya), melayu tu bukannya di sumatera jak sarah oi, tp melayu tu asal usulnya adalah gelaran yg digelar org luar utk refer kpd penduduk nusantara tem dlu2, itu la asalnya ialah malai, malayo, malai-ur, tp tidak semua penduduk nusantara tahu yg dorg jg digelar begitu,sm jg mcm cina, pada asalnya bukan dorg tu namanya cina, tp kenapa akhirnya digelar cina pula? Sedangkan byk etnik2 jg pula tu di china, nama cina asalnya dari zaman dinasti qin, yg finally org luar gelar ini org2 qin, qina qina wina last2 ada slang yg sebut cina, walhal sblm dinasti qin, teda gelaran cina tu, begitu jg bha di nusantara ne means org2 austronesia n malayo-polinesia ne org luar byk gelar sbg malayo dulu2, itulah faktanya, tp bila mana selepas era berakhirnya penjajahan kolonialis eropah ke atas asia tenggara, ada byk tentangan dgn penggunaan nama melayu ne masa mula2 terbentuknya negara indonesia, malaysia, brunei, filipin, dan negara lain di asia tenggara hingga ke polinesian islands,ada kongres diwujudkan utk penggabungan group of austronesia dan malayo/polinesian ne dulu, tp nda menjadi, klu menjadi tu, mmg dari asia tenggara ke indochina(thai, cambodia, laos, dll) ke taiwan, ke madagascar hingga ke hawaii dan new zealand di hujung selatan, mmg akan jd empayar nusantara yg kuat, tp nda menjadi kan, itulah salah satunya isu nama melayu jg tu, byk etnik tidak mahu nama melayu tu, padahal sudah dipolitikkan baitu

    ReplyDelete
  5. ok back to basic, di sabah mmg tidak dpt di'melayu'kan sbb mmg bukan melayu pun tp cuma ada 'rumpun melayu', penduduk di pesisir pantai di sabah dulu kala sudah lama menjalinkan hubungan perdagangan dgn group of malay ne, then ada yg berkahwin, then jdlah suatu etnik hybrid baru pula lg, then itulah namanya rumpun melayu tu, sarah ne kena kaji sejarah lebih mendalam, jgn ikt buku teks jak ne, cetek betul ilmumu, jgn cepat terprovokasi oleh provoking things, kaji secara mendalam, sejarah kita di borneo mmg tetap ada kaitan dgn sejarah melayu, kita ne serumpun dgn penduduk austronesia, serumpun dgn polinesia, dan serumpun dgn melayu, kita org nusantara (yg ertinya antara nusa, nusa means bangsa, so nusantara tu ialah antarabangsa, kita kaum antarabangsa, byk betul suda hybrid kita ne hehe, itulah org luar refer dgn nama nusantara tu) silap2 kita sudah ada baka2 campuran dari sezaman dgn kaum babylon(mesopotamia), persia, altai family, mongoloid dan mcm2 lg, kena update dgn teori out of sundaland dan jg out of bacca, jgn ketinggalan hanya pd sejarah teori out of yunnan atau out of africa, ketinggalan suda info tu semua

    ReplyDelete