penaja utama

Sunday, March 6, 2011

VisitTAWAU: Tawau will be known as "little Dubai City" in Sabah...

gempak siot tajuk entry kali ne...tapi ne la kenyataannya...tawau akan di kenali sebagai "little dubai City" soon.




gembira sangat bila tahu berita ne,,..nak tulis pun gembira sgt..haha...link kat bawah di ambil dari bloger tawau

Tawau – Kerajaan negeri akan memulakan projek pembinaan bandar baru yang di namakan Bandar Baru Titingan yang di jangkakan bermula pada tahun hadapan ( 2011 ) untuk fasa pertama nya. Projek yang diseliakan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dengan usahasama sektor swasta tempatan iaitu Akar Budi Tuah Sdn Bhd ini menelan belanja peruntukan 1.5 bilion di atas tanah seluas 326 ekar yang terlat di kawasan Kg Titingan Tawau.
Datuk Ewon Ebin selaku menteri pembangunan luar bandar sabah berkata, Projek ini adalah satu usha kerajaan bagi membangunkan Tawau. Beliau juga berkata, Projek ini bukan saja hanya di fokuskan kepada perusahan komersil tapi juga akan membangunkan pusat-pusat pentadbiran, pendidikan seperti universiti, kompleks sukan, pusat kajian & sosio ekonomi. Katanya lagi, bandar ini juga akan memiliki tempat-tempat peranginan dan aktiviti riadah yang bakal menarik pelancong tempatan maupun pelancong luar untuk mengunjunginya.

Beliau menjelaskan lagi, pembangunan Bandar Titingan ini merangkumi pembinaan,
1. Pusat Pentadbiran Tawau
2. Pusat Kesihatan & Bioteknologi bersepadu
3. Pusat Pengajian Islam
4. Pusat Perdagangan & Komersil
5. Perumahan
6. Kondominium Mewah (program perumahan kedua)
7. Akademi Sukan & Pusat Rekreasi
8. Hotel 5 Bintang & Hotel Kos Rendah
9. Taman Tema Air Marina
10. Pusat Makanan Tepi Laut & Pusat Kebudayaan
“Hal ini diperkuat oleh rancangan Kerajaan untuk menjadikan Tawau sebagai Zon Bebas Cukai” katanya.


Keluasan Daerah
Anggaran keseluruhan kawasan :
Meter Persegi : 1, 319, 383
Ekar : 326.000
Hektar: 132
Bandar titingan merangkumi:
- Kolej dan Cawangan-cawangan Universiti
- Pusat Niaga Komersil
- Stesen bas
- Kemudahan Taman Ekstrim untuk Kelab Belia
- Pusat Konvensyen
- Kelab Marina & Yacth
- Hotel 5 Bintang
- Hotel 3 Bintang
- Pusat Membeli Belah
- Pusat Dagangan
- SOHO
- Lot pejabat
- Pusat perubatan bersepadu
- Masjid atas air
- Bangunan Pentadbiran
- Stesen Petrol
- Desa Budaya
- Bangunan Komuniti
- SOUK
- Jeti nelayan / perikanan
- Pasaraya-pasaraya
- Apartmen Kos sederhana
- Kondominium
- Penempatan – Lot Banglo
- Penempatan – teres
- Menara Komersil
- Taman Rekreasi
- Jeti
- Tapak Pejalan kaki
- Gerai Tepi laut
- Ruang Reakreasi Terbuka
- Taman Titingan
- Balai Polis & Bomba
- Lain-lain
Lakaran Maya Bandar Baru Titingan



gambar di atas menunjukkan pemandangan Yacht Club, pusat konvensyen, pusat perniagaan, pusat membeli belah dan hotel 5-bintang.

gambar atas menunjukkan lanskap hotel 5 bintang dan kompleks membeli belah serta menara tawau. sebagai mercu tanda di tawau city

gambar menunjukkan lanskap promonade & water front

gambar menunjukkan City hall, Souk, ruang pejalan kaki, kondominium, Semi-D, rumah banglo & rumah komuniti

gambar menunjukkan kondominum, rumah kelab & restoran bawah air

gambar menunjukkan perumahan, restoran bawah air & padang latihan golf

gambar menunjukkan padang latihan golf, perumahan dan jeti nelayan/perikanan

gambar menunjukkan masjid ats air dan bangunan titingan square

gambar menunjukkan perumahan teres, hospital dan lot pejabat dan perumahan budjet

gambar menunjukkan hospital, taman rekreasi dan perumahan teres dan hotel 5 n 3 star

gambar menunjukkan lot pejabat, apartment dan perumahan teres, banglo

gambar menunjukkan bangunan kedai komersil

gambar menunjukkan kolej dalam dan luar negara dan cawangan universiti serta taman ekstrim



4 comments:

  1. uiii.. bila la ni ya agk2 siap.. exciteda plak tgk.. last2 cucu2 ja yg rasa.. huhu

    ReplyDelete
  2. projek ne dari 2010 lg,,sekarang tgh pembbangunan fasa pertama....byk fasa ne nak siap..maybe amik masa 5 ke 6tahun gak la br complete

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. wow dubai really, it is 2015 now. is it ever going to happen?

    reeve

    ReplyDelete