penaja utama

Friday, November 19, 2010

5 PEMIMPIN YANG PALING DI BENCI


Pol Pot

Saloth Sar atau lebih dikenali sebagai Pol Pot merupakan ketua bagi pergerakan komunis yang dikenali sebagai Khmer Rouge, memerintah Kemboja selama 4 tahun (1975-1979). Selama pemerintahannya, rakyat Kemboja menerima penindasan yang teruk. Kira-kira 2 juta atau 21% rakyatnya terbunuh akibat kelaparan, pembunuhan dan dijadikan buruh paksa. 
Sebelum menjadi pemerintah iaitu pada tahun 1951, beliau telah memasuki pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai Cercle Marxiste. Dalam beberapa bulan pada tahun yang sama juga, beliau telah menyertai PCF.

Pemerintahan Pol Pot berakhir selepas ditewaskan Vietnam pada tahun 1979. Pol Pot meninggal dunia pada tahun 1998 ketika dalam tahanan. Ada khabar angin yang mengatakan beliau telah diracun. 

Adolf Hitler

Beliau merupakan seorang diktator Jerman yang popular dan memerintah dari tahun 1934 sehingga 1945. Seramai 14 juta (ada juga yang mengatakan 17 juta) orang telah dibunuh, termasuk 6 juta keturunan yahudi. Angka tersebut tidak termasuk yang mati akibat kelaparan dan penyakit.

Sebelumnya, pada tahun 1919, Hitler telah menyertai Parti Nazi (DAP) dan menjadi ketua NSDAP pada 1921. Beliau telah dipenjarakan pada 1923 apabila cubaan untuk merampas kuasa di Bavaria menemui kegagalan. Beliau mendapat sokongan dengan mempromosikan Nasionalisma Jerman, anti semitik, anti kapitalis dan anti komunis melalui propaganda dan kelebihannya dalam berpidato.

Keruntuhan empayarnya bermula apabila kalah dalam perang Jerman-Russia pada Jun 1941. Ada teori mengatakan, Hitler meninggal dunia pada 30 April 1945 kerana membunuh diri.

George W. Bush


Presiden Amerika yang dilahirkan pada 6 Julai 1946 ini menjadi presiden yang ke 43 daripada tahun 2001 sehingga 2008. Beliau merupakan presiden Amerika yang paling dibenci dalam sejarah negara kuasa besar tersebut. Pemilihannya juga dikatakan penuh dengan kontroversi.

Menurut pakar, hampir seluruh dunia terutama negara Islam membencinya. Rakyat Amerika sendiri turut membencinya akibat daripada bajet yang terlalu besar untuk perang. Sehingga kini, sebanyak $704 billion telah dihabiskan untuk perang di Iraq. 5000 askar telah terkorban untuk perang yang sia-sia.

Ariel Sharon

Dilahirkan pada tahun 1928 dan menjadi Perdana Menteri Israel yang ke 11 pada Bulan Mac 2001 sehingga bulan April 2006. Beliau merupakan Komander Tentera daripada tahun 1940 sehingga 1970. Beliau turut terlibat dalam Perang "War of Independence" pada 1948, "Suez War" pada 1956, Perang 6 hari pada 1967 dan perang Yom-Kippur pada tahun 1973.

Selepas bersara daripada tentera, Sharon telah menyertai sayap kanan parti Likud dan memberikan sokongan yang kuat terhadap pembinaan penempatan haram Israel di semenanjung Gaza pada tahun 1970, 1980 dan 1990.

Pada tahun 1983, Kerajaan Israel telah menyiasat dan mendapati Ariel Sharon secara tidak langsung telah terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai penduduk di Sabra dan Shatia sewaktu perang Lubnan pada tahun 1982 ketika beliau memegang jawatan sebagai menteri pertahanan.


Stalin

Pada tahun 1924 selepas kematian Vladimir Lenin, Stalin menjadi ketua politik Kesatuan Soviet yang kedua. Dianggarkan seramai 60 juta orang telah terbunuh sewaktu pemerintahan bercorak diktatornya. Beliau juga bertanggungjawab terhadap krisis kebuluran daripada tahun 1932 sehingga 1933.

Menurut rekod rasmi pihak Russia, Stalin telah membunuh seramai 800,000 orang kerana politik dan kesalahan jenayah. Stalin akan membunuh sesiapa sahaja yang dipercayai menjadi ancaman kepadanya.

Pada tahun 1932-1933, Russia terutamanya Ukraine menghadapi krisis kebuluran terburuk dalam sejarah Soviet disebabkan polisi pertanian yang dikeluarkan oleh Stalin. Dipercayai hampir 6 hingga 8 juta penduduk mati akibat kebuluran. Di Ukraine, krisis kebuluran ini dikenali sebagai Holodomor.

Stalin telah bekerjasama dengan Hitler pada tahun 1939. Kedua-duanya telah membuat perjanjian untuk menakluki Poland dan membahagikannya sama rata. Inilah yang menyebabkan terjadinya Perang Dunia Kedua. Tetapi pada tahun 1941, Hitler telah membelakangi Stalin dan menyerang Soviet Union. Apabila tamat Perang Dunia Kedua, tentera Soviet telah menakluki banyak negara Eropah seperti Poland, Czechoslovakia, Hungary, dan beberapa bahagian Jerman. Stalin memerintah Soviet Union sehingga ke akhir hayatnya. Beliau mati akibat Strok pada tahun 1953. 

No comments:

Post a Comment