penaja utama

Tuesday, March 8, 2011

KASUT PENAMBAH TINGGI EKSLUSIF UNTUK LELAKI PENDEK..!!




Giraffe, satu-satunya jenama kasut elevator lelaki di Malaysia baru-baru ini telah membuka cawangan keduanya di Sunway Pyramid. Giraffe mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada Januari tahun ini dengan pembukaan kedai pertamanya di Berjaya Times Square Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Ekskekutif Lai International (M) Sdn Bhd, Matt Lai, Giraffe menerima sambutan diluar jangkaan bagi kasut-kasutnya, yang membawa kepada pembukaan cawangan kedua supaya lebih ramai pelanggan boleh mendapatkannya.


“Ramai lelaki Asia khususnya, ingin tampak lebih tinggi dan kerana inilah Giraffe bermula iaitu dengan memberi lelaki penyelesaian alternatif untuk kelihatan lebih tinggi,” kata Encik Lai ketika ditemui di Majlis Pembukaan Butik Giraffe di Sunway Pyramid.

Dari segi luaran, kasut elevator Giraffe mungkin nampak seperti kasut biasa tetapi ia mempunyai pelapik dalam kasut yang boleh menambah ketinggian seseorang sebanyak 6 ke 10 sentimeter. Yang uniknya, tiada siapa dapat meneka ia kasut elevator kecuali diberitahu.


Selain meningkatkan ketinggian, kasut Giraffe ini juga berfungsi memperbaiki postur tubuh seseorang. Tidak sebagaimana kasut elevator lain, kasut elevator Giraffe direka menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan Teknologi Nano HexComfort.

Teknologi terkini dari Amerika Syarikat ini digunakan pada semua kasut Giraffe yang memberikan pemakainya sokongan daripada jari kaki ke tumit supaya kaki mereka berasa selesa dan bahagian belakang mereka tidak sakit apabila berjalan jauh.
Ia juga mempunyai lapisan penyerap tekanan yang mampu melindungi kaki daripada kesan aktiviti lasak yang boleh memberikan tekanan pada tapak kaki, kaki dan bahagian belakang. Sebagai tambahan, Teknologi Nano HexComfort membantu mengurangkan tekanan berat badan ke atas tapak kaki sebanyak 90%. Ciri ini penting bagi mengurangkan keletihan pada kaki.

Kasut Giraffe boleh didapati dalam dua kategori iaitu ‘Eksekutif Rasmi’ yang sesuai dipakai ketika bekerja, makan malam, majlis perkahwinan dan acara rasmi sementara kategori ‘Kasual dan Aktif’, sesuai untuk kegunaan kasual dan luaran. Kasut Giraffe dijual dalam lingkungan harga RM200 hingga RM400.


“Giraffe adalah satu penyataan fesyen bagi lelaki yang ingin meningkatkan daya ketrampilan secara meningkatkan ketinggian mereka. Setiap lelaki seharusnya memiliki sepasang kasut Giraffe untuk digunakan pada acara istimewa. Kelihatan lebih tinggi membuatkan seseorang lelaki itu tampak lebih baik,” tambah Encik Lai. Dalam perkembangan lain, Giraffe juga dalam perancangan untuk mengembangkan dua cawangan sedia adanya di Lembah Klang tahun ini kepada enam cawangan dalam tempoh enam tahun lagi di seluruh negara.

2 comments:

  1. u blikan satu untuk i ble x u..jd ble sm2 pake kasut tggi da u..haha..mesti nmpk elegent da..hah

    ReplyDelete